Impak program mobiliti terhadap pembangunan diri mahasiswa

Program mobiliti mahasiswa merupakan salah satu aktiviti pengantarabangsaan yang semakin dipergiatkan di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan mahasiswa yang bersifat dinamik dan terbuka. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti impak dan transformasi yang positif kepada pembangunan diri mahas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asli, Umi Aisah, Sadikin, Aziatul Niza, Md. Kasmani, Rafiziana, Rasit Ali, Roshafima
Format: Conference or Workshop Item
Published: UTM 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/67001/
http://www.utm.my/ipf/nasdec2016/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program mobiliti mahasiswa merupakan salah satu aktiviti pengantarabangsaan yang semakin dipergiatkan di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan mahasiswa yang bersifat dinamik dan terbuka. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti impak dan transformasi yang positif kepada pembangunan diri mahasiswa yang terlibatkan dalam program pertukaran mahasiswa (inbound dan outbound). Dua universiti yang terlibat dalam program mobiliti ini adalah Universiti Teknologi Malaysia dan Hanoi University of Geology and Mining (HUGM), Vietnam. Program yang dijalankan di kedua-dua buah universiti ini melibatkan pelbagai aktiviti pengisian yang bersifat akademik, kebudayaan dan lawatan serta percambahan fikiran mengenai isu semasa. Laporan kajian adalah berdasarkan persepsi mahasiswa terhadap keberkesanan program melalui analisis refleksi jurnal yang ditulis oleh mahasiswa yang terlibat. Kajian ini dianalisis mengunakan kaedah kualitatif dan hasil dapatan menunjukkan bahawa program mobiliti di luar negara yang mempunyai budaya yang berbeza memberi manfaat kepada majoriti pelajar UTM dan HUMG. Secara ringkasnya, hasil analisis kajian menunjukkan bahawa program mobiliti ini memberi impak terhadap pembangunan sosial dan keperibadian, pembelajaran antara budaya dan kemajuan kerjaya mahasiswa yang terlibat.