Penulisan ilmiah berkaitan ilmu qiraat di Malaysia: suatu tinjauan awal

Masyarakat Malaysia menganggap ilmu qiraat satu ilmu yang agak asing bagi mereka, kerana kurangnya pendedahan terhadap ilmu ini. Para pelajar yang mengambil pengkhususan dalam ilmu qiraat juga kurang menguasainya dengan baik. Penyelidik ingin merungkai permasalahan ini melalui kajian kepustakaan den...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ali @ Awang, Sumayyah, Abdullah, Abdul Hafiz
Format: Conference or Workshop Item
Published: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/66988/
https://icasic.org/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Malaysia menganggap ilmu qiraat satu ilmu yang agak asing bagi mereka, kerana kurangnya pendedahan terhadap ilmu ini. Para pelajar yang mengambil pengkhususan dalam ilmu qiraat juga kurang menguasainya dengan baik. Penyelidik ingin merungkai permasalahan ini melalui kajian kepustakaan dengan menyoroti kajian-kajian ilmiah yang lepas berkaitan ilmu qiraat dari sumber jurnal, tesis, kertas kerja dan buku. Kertas kerja ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam bidang kajian berkaitan ilmu ini. Hasil kajian dapat membantu bakal penyelidik untuk melakukan penambahbaikan dalam bidang kajian bagi membantu masyarakat mengenali ilmu qiraat dengan lebih jelas. Justeru itu, para pelajar juga dapat menguasainya dengan lebih kukuh. Dapatan menunjukkan bahawa kajian ilmiah dan pembukuan ilmu qiraat ke dalam bahasa Melayu agak sedikit dan kurang membantu dalam perkembangan ilmu qiraat. Kajian-kajian ilmiah yang lalu terutamanya di IPTA berbentuk penguasaan terhadap ilmu qiraat, menunjukkan para pelajar (yang menjadi responden kajian) masih lemah dalam menguasainya. Apatah lagi masyarakat yang tidak mempelajari sejarah ilmu qiraat, sudah tentu ilmu ini agak asing bagi mereka. Para penyelidik dan penulis ilmiah perlu lebih banyak menterjemahkan ilmu qiraat ke dalam bahasa Melayu, supaya penguasaan terhadap ilmu qiraat semakin mantap bagi para pelajar khususnya dan semakin jelas pemahaman bagi masyarakat secara amnya.