Tahap pengupayaan terhadap guru kanan mata pelajaran (GKMP) di sekolah-sekolah menengah daerah Muar

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) mengikut demografi iaitu bidang, umur, jantina, kelulusan tertinggi dan tempoh memegang jawatan. Instrumen kajian School Participant Empowerment Scale (SPES) yang mengandungi dimensi membuat keputusan,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khamis, Jaaffar
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6589/1/JaaffarKhamisMFP2007.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/6589/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) mengikut demografi iaitu bidang, umur, jantina, kelulusan tertinggi dan tempoh memegang jawatan. Instrumen kajian School Participant Empowerment Scale (SPES) yang mengandungi dimensi membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak telah digunakan dengan ubahsuai. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang GKMP yang bertugas di 27 buah sekolah menengah gred A di daerah Muar. Data kajian dianalisis mengunakan SPSS yang mengandungi t-Test dan ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan semua dimensi pengupayaan mengikut demografi responden adalah pada tahap tinggi kecuali dimensi autonomi bagi bidang Bahasa, kategori umur 36 hingga 45 tahun dan tempoh memegang jawatan kurang 5 tahun serta dimensi impak bagi kategori umur 36 hingga 40 tahun yang menunjukkan tahap sederhana. Namun demikian, tahap pengupayaan keseluruhan terhadap GKMP berdasarkan demografi adalah tinggi dengan min 3.92. Keputusan Ujian – t dan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi autonomi mengikut bidang di mana min untuk bidang Bahasa adalah paling rendah. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi status dan impak mengikut kelulusan tertinggi di mana min bagi kelulusan sarjana muda adalah paling rendah. Namun demikian, ujian – t dan ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengupayaan keseluruhan terhadap GKMP mengikut bidang, umur, jantina, kelulusan tertinggi dan tempoh memegang jawatan. Justeru, pengetua telah mengamalkan sikap yang positif melalui amalan pengupayaan terhadap GKMP dalam melaksanakan tugas bidangnya di sekolah. Usaha ini perlu dipertingkatkan lagi terhadap guru-guru lain di sekolah.