Tingkahlaku penagihan semula punca-punca penagihan dan pemulihan kerohanian menurut perspektif Islam
Penyelidikan ini telah dijalankan di Rumah Bakti Kasih, Persatuan Pengasih Malaysia di Muar, Johor ke atas 45 orang responden yang sedang mengikuti program pemulihan penagihan dadah. Kajian telah memfokuskan tingkahlaku penagihan semula dadah ( relapse ) dari aspek punca dan langkah-langkah pemuliha...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/6552/1/AdamMohamedMFP2006.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/6552/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini telah dijalankan di Rumah Bakti Kasih, Persatuan Pengasih Malaysia di Muar, Johor ke atas 45 orang responden yang sedang mengikuti program pemulihan penagihan dadah. Kajian telah memfokuskan tingkahlaku penagihan semula dadah ( relapse ) dari aspek punca dan langkah-langkah pemulihan kerohanian diri penagih. Penyelidikan ini telah menggunakan kaedah kualititatif dan kuantititatif. Kaedah kuantititatif telah menggunakan soal selidik dengan tujuan mengenal pasti sejauhmana latar belakang keluarga dan pendidikan, hubungan kemasyarakatan dan rakan sebaya sebagai faktor yang mempengaruhi relapse. Manakala sesi temubual berfokus, bertujuan menganalisa data kualititatif terhadap kes kajian. Hasil temubual dianalisa dengan menggunakan perisisan Atlas–ti dan data soal selidik dianalisa dengan SPSS. Dapatan penyelidikan mendapati sokongan moral, penghayatan kerohanian yang konsisten daripada anggota keluarga dan masyarakat setempat serta rakan-rakan senasib membantu menghindari relapse. Walaubagaimanapun, responden akan mudah relapse seandainya tidak memiliki jati diri dan ketahanan mental yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar yang terlibat dalam program jemaah tabligh telah berjaya menghindari diri daripada penagihan semula. Implikasi dan cadangan untuk penambahbaikan kaedah pemulihan relapse telah dibincangkan di akhir kajian. |
---|