Pembinaan modul pembelajarn matematik menggunakan perisian geometri interaktif

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting dan telah menunjukkan kesan yang begitu mengkagumkan. Pada umumnya para pelajar dapat membina daya kreativiti dan inovasi di samping cekap menggunakan teknologi dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Di sampin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Ismail, Saifulnizan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6520/1/SaifulNizanMFP2007.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/6520/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:62225
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting dan telah menunjukkan kesan yang begitu mengkagumkan. Pada umumnya para pelajar dapat membina daya kreativiti dan inovasi di samping cekap menggunakan teknologi dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Di samping itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik telah terbukti memberikan manfaat yang berguna kepada pelajar dalam menguasai konsep-konsep matematik. Projek ini bertujuan untuk membangunkan aktiviti pembelajaran matematik berkomputer di peringkat menengah rendah menggunakan perisian geometri interaktif. Projek ini melahirkan modul yang menyentuh tentang topik bentuk geometri dan geometri transformasi. Aktiviti bagi perisian geometri interaktif yang dibangunkan ini adalah berorientasikan matematik bereksperimen yang melibatkan proses penyiasatan dan penerokaan matematik di kalangan pelajar. Selari dengan pendekatan konstruktivisme, matematik bereksperimen dirancang supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza dengan amalan pembelajaran secara penerangan di dalam bilik darjah. Projek pembinaan modul ini dibangunkan berpandukan kepada rekabentuk pengajaran Model ADDIE manakala isi kandungannya berasaskan Model Van Hiele yang mengklasifikasikan tahap pemikiran geometri. Projek ini berguna bagi melaksanakan pembaharuan dan usaha meningkatkan pembelajaran matematik berkomputer di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah bestari yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti makmal komputer.