Kajian penilaian tahap prestasi kecergaan fizikal berasaskan kesihatan atlit tenis SUKMA Johor 2008

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengukur tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan bagi atlit tenis SUKMA 2008. Pengukuran dilakukan berdasarkan lima komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan iaitu tahap kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan, indeks jisim badan, dan daya ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Muhamad Hafiz, Abdul Rajab, Mohd. Khairul Nazmi
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6368/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengukur tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan bagi atlit tenis SUKMA 2008. Pengukuran dilakukan berdasarkan lima komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan iaitu tahap kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan, indeks jisim badan, dan daya tahan kardiovaskular. Antara ujian yang dilakukan adalah Ujian Bangkit Tubi, Ujian PACER (Multistage Fittness Test), Ujian Curl-Up, Ujian Trunk-Lift, dan Pengukuran Skinfold Caliper. Seramai 10 orang atlit tenis dari MSNJ yang akan menyertai pertandingan SUKMA 2008 dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk eksperimental dimana dua kali pengujian dilakukan iaitu ujian pra dan ujian post. Data yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan dianalisis menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak antara ujian pra dan ujian post. Aras signifikan yang ditetapkan dalam kajian ini adalah p<0.05. Jangkaan dapatan daripada analisis ujian-t yang akan dijalankan berdasarkan kepada kedua-dua pengujian tersebut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian post dengan nilai p>0.05.