Islam dan liberalisme
Dalam mitologi Yunani terdapat seorang dewa yang bernama Prometheus, dewa ini kononnya telah mencuri api daripada Tuhan untuk diberikan kepada manusia di dunia supaya mereka dapat hidup merdeka. Perbuatan khianat ini telah mendatangkan kemurkaan kepada Zeus, Raja segala dewa. Sebagai hukuman atas...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/63330/ http://iksim.my/iksim/uploads/files/Makalah/Islam%20dan%20Liberalisme%20(Bahagian%20I).pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam mitologi Yunani terdapat seorang dewa yang bernama Prometheus, dewa ini kononnya telah mencuri api daripada Tuhan untuk diberikan kepada manusia di dunia supaya mereka dapat hidup merdeka. Perbuatan khianat ini telah mendatangkan kemurkaan kepada Zeus, Raja segala dewa. Sebagai hukuman atas perbuatan mencuri itu Prometheus telah diikat di atas batu di sebuah pergunungan bernama Caucasus. Setiap hari helang-helang akan datang untuk memakan hatinya yang sentiasa tubuh semula pada malam harinya. Bagi Barat, Prometheus merupakan simbol penentangan demi mencapai kemerdekaan diri (self-determination) dan kedaulatan manusia (human sovereignty). Inti pati daripada idea ini adalah manusia tidak mempunyai sebab untuk menundukkan diri mereka kepada sebarang kuasa mahupun Tuhan. Dalam bukunya, Liberalism: Ancient and Modern, Leo Strauss (1899-1973) mengatakan bahawa Prometheus merupakan penjelmaan bagi Akal (Intelligence). Ahli Falsafah terkenal di abad Pencerahan, Immanuel Kant (1724-1804), ketika memuji Benjamin Franklin, yang tidak takut untuk memasuki ilmu yang ‘terlarang’, mengatakan bahawa beliau adalah “modern Prometheus”. Di akhir makalah ini penulis akan menjelaskan hubungan antara liberalisme dengan mitos Prometheus. |
---|