Kesedaran mahasiswa geomatik institusi pengajian tinggi awam terhadap ilmu astronomi

Geomatik merupakan disiplin ilmu yang menggunakan pelbagai peralatan pengukuran bagi menjelaskan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penentuaan sesuatu kedudukan di atas muka bumi. Salah satu kursus yang ditawarkan dalam bidang Geomatik adalah Astronomi Lapangan. Bidang ini boleh menentukan kedudukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Razak, Azizan, Nik Mahmood, Nik Hasnaa, Masrom, Maslin, Murad, Siti Zaleha
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/63262/
http://coe.uniten.edu.my/falak/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Geomatik merupakan disiplin ilmu yang menggunakan pelbagai peralatan pengukuran bagi menjelaskan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penentuaan sesuatu kedudukan di atas muka bumi. Salah satu kursus yang ditawarkan dalam bidang Geomatik adalah Astronomi Lapangan. Bidang ini boleh menentukan kedudukan-kedudukan di bumi dengan melakukan cerapan dan perhitungan kepada jasad-jasad samawi seperti matahari, bulan dan bintang. Kedudukan di muka bumi ditentukan dengan menghitung nilai-nilai latitud, longitud, altitud, azimut dan masa. Kursus Astronomi Lapangan ini merupakan kursus asas di universiti awam dan politeknik yang menawarkan program Geomatik di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauh mana tahap kesedaran mahasiswa Geomatik terhadap ilmu astronomi yang telah dipelajari di institusi pengajian masing-masing. Kajian awalan ini telah melibatkan seramai 46 responden yang terdiri daripada mahasiswa Diploma dan Ijazah Sarjana Muda tahun 2 hingga tahun 4. Hasil kajian menunjukkan para mahasiswa geomatik mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan mengetahui ilmu astronomi. Namun, lebih 75% responden atau skor min antara 3.74 hingga 4.07 dan sisihan piawai antara 0.742 hingga 0.953, menyatakan bahawa ilmu astronomi ini amat sukar untuk difahami.