Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) faktor- faktor dominan (peranan ibu bapa, sekolah dan rakan) yang mempengaruhi perlakuan melepak 2) indeks perlakuan melepak di kalangan pelajar sekolah menengah 3) hubungan antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan dan 4) perbeza...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Raja Abd. Rahman, Raja Roslan, Gan, Lui Nam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6249/1/aziziyahlepak.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/6249/
https://core.ac.uk/display/11782346
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) faktor- faktor dominan (peranan ibu bapa, sekolah dan rakan) yang mempengaruhi perlakuan melepak 2) indeks perlakuan melepak di kalangan pelajar sekolah menengah 3) hubungan antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan dan 4) perbezaan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi tempat kediaman, lokasi sekolah. Seramai 386 pelajar telah dipilih dari enam buah sekolah menengah negeri Johor. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, faktor- faktor dominan dan tahap perlakuan melepak telah digunakan. Bahagian B dan C soalan soal selidik masing-masing mempunyai kebolehpercayaan α = 0.7675 dan 0.6047. Program SPSS versi 11.5 telah digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) digunakan untuk menganalisis faktor-faktor dominan yang mempengaruhi perlakuan melepak dan tahap perlakuan melepak. Manakala Statistik inferensi seperti ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan perlakuan melepak dengan jantina, lokasi tempat kediaman dan lokasi sekolah. Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa 1) indeks perlakuan melepak adalah 34.4 2) terdapat hubungan yang negatif antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan pada aras signifikan r = 0.01 3) tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi sekolah, lokasi sekolah pada aras signifikan p = 0.05.