Orientasi pembelajaran di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia dan implikasi terhadap pencapaian dalam akademik

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar IPTA di Malaysia. Kajian ini melibatkan 250 orang responden yang IPTA dari empat universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Kolej Universiti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Shahrin, Yahaya, Azizi, Ramli, Jamaluddin, Sihes, Ahmad Johari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6162/1/orientasi.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/6162/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar IPTA di Malaysia. Kajian ini melibatkan 250 orang responden yang IPTA dari empat universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Kolej Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Instrumen kajian yang digunakan adalah inventori yang direka oleh Dunn & Dunn. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis melalui komputer menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 11.0 for Windows bagi mendapatkan jumlah peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian rintis telah dijalankan dan didapati nilai Cronbach-Alpha adalah .8512. Hasil kajian mendapati pola gaya pembelajaran Sosiologikal (min = 3.7050) paling dominan mempengaruhi gaya pembelajaran responden dan diikuti oleh pola gaya pembelajaran Psikologikal (min = 3.6112 ), pola gaya pembelajaran Emosional (min = 3.5291), pola gaya pembelajaran Fizikal (min = 3.4487) dan pola gaya pembelajaran Persekitaran (min = 3.1879). Hasil kajian juga mendapati gaya pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian academik dan terdapat wujud perbezaan antara gaya pembelajaran dengan bangsa, tahap pendidikan tertinggi, pekerjaan bapa, lokasi tempat kediaman serta pencapaian akademik responden.