Cabaran kursus pendek keusahawanan di dalam pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia

Isu pengangguran dan sosio ekonomi sesuatu komuniti penduduk telah menjadi satu cabaran kepada kerajaan. Pihak kerajaan tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan sepenuhnya kepada sesebuah komuniti secara keseluruhan.. Telah banyak aduan, rungutan, kenyataan serta keluhan didengari dan tidak kurang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sis, Ali, Musta’amal, Aede Hatib
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61317/1/AedeHatibMusta%27amal2014_CabaranKursusPendekKeusahawanandidalamPembelajaran.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61317/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu pengangguran dan sosio ekonomi sesuatu komuniti penduduk telah menjadi satu cabaran kepada kerajaan. Pihak kerajaan tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan sepenuhnya kepada sesebuah komuniti secara keseluruhan.. Telah banyak aduan, rungutan, kenyataan serta keluhan didengari dan tidak kurang juga langkah-langkah, saranan serta gesaan yang telah dibuat oleh kerajaan, individu dan persatuan-persatuan berkaitan. Namun jawapan secara tuntas masih belum diperolehi. Walaupun begitu satu langkah yang dilihat praktikal disarankan bagi mengatasi kemelut isu sosio ekonomi ini iaitu dengan memperluaskan kesedaran di dalam kerjaya keusahawanan melalui peranan yang di mainkan oleh Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pendekatan kursus pendek. Samada golongan siswazah atau bukan itu bukan persoalan pokok yang perlu dibincangkan. Masing-masing mempunyai tempat, kaedah dan peranan di dalam menjayakan proses keusahawanan. Data-data yang diambil bagi memperlihatkan hal-hal berkaitan keusahawan boleh membantu untuk memperkasakan strategi kearah menjayakan keusahawanan ini. Seterusnya cadangan-cadangan yang positif akan muncul untuk diketengahkan dan diperhalusi. Kita sayangkan tanahair kita dan perlu bertindak sebelum menjadi lebih parah. Harapan kita agar segala apa yang kita perbuat dan ikhtiarkan bersama dalam bidang keusahawanan berjaya mengatasi isu penting iaitu pengangguran dan sosio ekonomi di semua pelusuk komuniti negara kita.