Modul pengajaran Q-Redoks berasaskan model 5E bagi topik pengaratan dalam unsur redoks

Kajian ini dijalankan dengan tujuan membina modul pengajaran kimia iaitu Modul Q-Redoks bagi pelajar Tingkatan 5 dalam topik pengaratan dalam unsur redoks. Modul ini menggunakan strategi pengajaran model inkuiri 5 Fasa dengan penerapan ayat Al-Quran dan sejarah nabi. Bagi mengkaji kesesuaian modul Q...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Hairon, Syafiqah, Ibrahim, Nor Hasniza, Surif, Johari, Abdullah, Abdul Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61192/1/NorHasnizaIbrahim2014_ModulPengajaranQRedoksberasaskanModel5E.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61192/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan dengan tujuan membina modul pengajaran kimia iaitu Modul Q-Redoks bagi pelajar Tingkatan 5 dalam topik pengaratan dalam unsur redoks. Modul ini menggunakan strategi pengajaran model inkuiri 5 Fasa dengan penerapan ayat Al-Quran dan sejarah nabi. Bagi mengkaji kesesuaian modul Q-Redoks, seramai lapan orang guru kimia di sekitar Johor Bahru dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian dinilai dengan menggunakan Borang Penilaian Modul Q-Redoks yang terdiri daripada 38 item yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A merupakan latar belakang responden, Bahagian B merupakan isi kandungan, kepentingan modul, strategi pengajaran iaitu kaedah inkuiri dan penerapan ayat Al-Quran serta teknik penilaian yang digunakan. Manakala Bahagian C pula merupakan penilaian umum Modul Q-Redoks. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar guru kimia memberikan pandangan positif mengenai modul Q-Redoks yang memuatkan model inkuiri 5 fasa iaitu engage (memberi perhatian), explore (meneroka), explain (menerang), elaborate (mengembang) dan evaluate (menilai). Responden bersetuju bahawa model inkuiri 5E sesuai digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran yang berkesan. Dapatan kajian juga mendapati penggunaan ayat Al-Quran sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dilaksanakan. Beberapa cadangan turut dikemukakan bagi memperbaiki modul agar dapat menghasilkan modul yang lengkap dan efektif kelak.