Pendidikan vokasional dalam kalangan murid bermasalah pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas

Pendidikan vokasional adalah merupakan salah satu usaha untuk mengembangkan keupayaan golongan murid berkeperluan khas sebagai persediaan ke alam pekerjaan, Pendidikan yang diikuti mereka ini adalah salama 2 tahun bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditauliahkan dan diperakui oleh J...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Minghat, Asnul Dahar, Abdullah, Siti Azwanee
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61122/1/AsnulDaharMinghat2014_PendidikanVokasionaldalamKalanganMuridBermasalah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61122/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan vokasional adalah merupakan salah satu usaha untuk mengembangkan keupayaan golongan murid berkeperluan khas sebagai persediaan ke alam pekerjaan, Pendidikan yang diikuti mereka ini adalah salama 2 tahun bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditauliahkan dan diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Oleh itu, kajian deskriptif ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat murid bermasalah pendengaran terhadap pendidikan vokasional yang dijalankan, tahap kesedaran murid bermasalah pendengaran terhadap kepentingan pendidikan vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa hadapan mereka, tahap keyakinan murid bermasalah pendengaran terhadap pendidikan vokasional yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya dan juga tahap kemudahan yang disediakan dalam mengikuti pendidikan vokasional. Sampel kajian melibatkan 127 orang murid bermasalah pendengaran yang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Malaysia. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set soal selidik berskala likert. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah a = 0.934. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan faktor minat (min = 3.54), faktor kesedaran terhadap kepentingan pendidikan vokasional (min = 3.55), faktor keyakinan murid terhadap pendidikan vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya (min=3.49) dan faktor kemudahan yang disediakan (min = 3.48) berada pada tahap sederhana.