Perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi di kalangan atlet larian 400 meter

Kajian-kajian lepas menunjukkan dehidrasi merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan prestasi seseorang atlet. Ia dikatakan dapat mempengaruhi kadar denyutan jantung atlet dan secara langsung memberi kesan kepada fungsi jantung untuk bekerja. Kajian ini bertujuan untu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rahman @ Hassan, Rahmah, Mohd. Hashim, Asha Hasnimy
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6066/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian-kajian lepas menunjukkan dehidrasi merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan prestasi seseorang atlet. Ia dikatakan dapat mempengaruhi kadar denyutan jantung atlet dan secara langsung memberi kesan kepada fungsi jantung untuk bekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi di kalangan atlet bagi acara larian 400 meter. Pengujian yang dilakukan mengambil kira tahap dehidrasi dan kadar denyutan jantung bagi melihat perkaitan di antara kedua-duanya. Seramai 2 orang atlet wanita dari Majllis Sukan Negeri Johor (MSNJ) yang akan bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2008 bagi acara larian 400 meter telah dipilih sebagai subjek. Data yang diperoleh dikumpul untuk dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) versi 11.5. Melalui kajian yang dilakukan, dijangkakan akan terdapat perkaitan di antara kadar denyutan jantung dan tahap dehidrasi di kalangan subjek. Hal ini disebabkan pengurangan cecair di dalam badan akan menyebabkan kepekatan darah bertambah tinggi dan seterusnya meningkatkan kerja pengepaman darah ke seluruh badan.