Analisis taburan saiz partikel serbuk SS316L bagi kegunaan proses penyuntikan acuan logam

Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai analisis terhadap serbuk SS316L pengatoman gas serta pengatoman air, kasar dan halus. Faktor-faktor seperti taburan saiz partikel (D10, D50, D90); taburan lengkuk, SW; dan luas permukaan tentu, S bagi serbuk tersebut dalam taburan monomodal dan bimodal di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamaludin, Khairur Rijal, Muhamad, Norhamidi, Ab. Rahman, Mohd. Nizam, M. Amin, Sri Yulis, Ahmad, Sufizar, Ibrahim, Mohd. Halim Irwan, Murtadhahadi, Murtadhahadi, Mohamad Nor, Nor Hafiez
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/5788/1/AMReG_rijal_2.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/5788/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai analisis terhadap serbuk SS316L pengatoman gas serta pengatoman air, kasar dan halus. Faktor-faktor seperti taburan saiz partikel (D10, D50, D90); taburan lengkuk, SW; dan luas permukaan tentu, S bagi serbuk tersebut dalam taburan monomodal dan bimodal dibincangkan dengan lebih terperinci dalam kertas kerja ini. Ini memandangkan faktor-faktor tersebut secara teorinya akan mempengaruhi proses-proses yang terdapat dalam proses penyuntikan acuan logam (MIM) ini, di samping kualiti jasad akhir yang bakal dihasilkan. Taburan bimodal akan mengubah saiz median partikel tersebut, selain taburan lengkuk, SW yang sempit akan memudahkan proses penyuntikan acuan logam dan, luas permukaan tentu, S yang lebih besar mempercepatkan proses penumpatan jasad sinter. Analisis ini mendapati bahawa saiz median serbuk, D50 bagi kesemua serbuk yang digunakan akan meningkat apabila jisim serbuk kasar ditambah dalam adunan serbuk bimodal. Selanjutnya, analisis terhadap serbuk pengatoman air pula mendapati bentuk partikelnya yang tidak sekata dan berligamen akan mempercepatkan proses penumpatan jasad sinternya berbanding serbuk pengatoman gas. Ini disebabkan oleh luas permukaan tentunya, S yang lebih tinggi.