Pengaruh tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan dan beban serbuk terhadap ketumpatan jasad anum: analisis varian

Penelitian kesan tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan dan beban serbuk terhadap ketumpatan jasad anum dibincangkan dalam kertas kerja ini. Bahan suapan serbuk SS316L pengatoman gas yang menggunakan bahan pengikat rencam PEG dan PMMA digunakan dalam kajian ini dan, ketumpatan jasad anum tersebut dit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamaludin, Khairur Rijal, Muhamad, Norhamidi, Ab. Rahman, Mohd. Nizam, M. Amin, Sri Yulis, Ahmad, Sufizar, Ibrahim, Mohd. Halim Irwan, Murtadhahadi, Murtadhahadi, Mohamad Nor, Nor Hafiez
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/5787/1/AMReG_rijal_1.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/5787/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penelitian kesan tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan dan beban serbuk terhadap ketumpatan jasad anum dibincangkan dalam kertas kerja ini. Bahan suapan serbuk SS316L pengatoman gas yang menggunakan bahan pengikat rencam PEG dan PMMA digunakan dalam kajian ini dan, ketumpatan jasad anum tersebut ditentukan dengan kaedah rendaman Archimedes berdasarkan piawai MPIF 42. Analisis varian (ANOVA) dua hala dilakukan terhadap keputusan yang diperolehi bagi mendapatkan signifikan faktor-faktor tersebut terhadap ciri kualiti jasad anum yang dikaji. Selain itu juga, peratusan sumbangan faktor-faktor tersebut terhadap ketumpatan jasad anum juga diperolehi dalam analisis ini. Kajian ini mendapati bahawa suhu penyuntikan mempunyai pengaruh sebanyak 18.52 % terhadap ketumpatan jasad anum serbuk halus manakala, sebanyak 9.48 % bagi serbuk kasar. Beban serbuk pula menyumbang sebanyak 56.90 % bagi ketumpatan jasad anum serbuk halus manakala sebanyak 76 % bagi serbuk kasar. Suhu penyuntikan dan tekanan penyuntikan berada pada tahap signifikan yang lemah sebanyak 10 % terhadap ketumpatan jasad anum serbuk halus dan kasar masing-masing. Bagaimanapun, beban serbuk didapati berada pada tahap signifikan yang terbaik iaitu sebanyak 1 % terhadap ciri kualiti yang dikaji.