Pembebanan serbuk yang optimum bagi bahan suapan daripada SS 316 L, PEG, PMMA dan AS bagi proses pengacuanan suntikan logam (MIM)

Kejayaan dalam proses pengacuanan suntikan logam (MIM) amat bergantung kepada ciri-ciri aliran bahan suapan yang dihasilkan. Bahan suapan MIM haruslah mempunyai dua ciri utama iaitu likat dan elastik. Kelikatan yang tinggi mengakibatkan bahan suapan sukar untuk disuntik. Ciri-ciri aliran seperti kel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad, Norhamidi, Murtadhahadi, Murtadhahadi, Che Harun, Che Hassan, Sulong, Abu Bakar, Jamaludin, Khairur Rijal, Ahmad, Sufizar, Ibrahim, Mohd. Halim Irwan, Mohamad Nor, Nor Hafiez
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/5786/1/ID_09.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/5786/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejayaan dalam proses pengacuanan suntikan logam (MIM) amat bergantung kepada ciri-ciri aliran bahan suapan yang dihasilkan. Bahan suapan MIM haruslah mempunyai dua ciri utama iaitu likat dan elastik. Kelikatan yang tinggi mengakibatkan bahan suapan sukar untuk disuntik. Ciri-ciri aliran seperti kelikatan yang mengaitkan kadar ricih dan tegasan ricih merupakan parameter yang harus diketahui bagi seseorang yang menceburi bidang MIM ini. Kajian ini difokuskan untuk mengenal pasti pembebanan serbuk yang optimum bagi proses pengacuan suntikan logam bagi bahan suapan daripada Serbuk keluli tahan karat (SS 316L) bersaiz purata 16 μm dan bahan pengikat yang terdiri daripada Polietilena Glikol (PEG), Polimetil Metakrilat (PMMA) dan Asid Stearik (AS). Pembebanan serbuk SS 316 L yang digunakan dalam kajian ini ialah 63 %, 63.5 % dan 64 % isi padu. Komposisi bahan pengikat yang digunakan ialah sebanyak 73 % berat PEG, 25 % berat PMMA dan 2 % berat Asid Stearik. Kajian sifat reologi bahan suapan dilakukan dengan menggunakan mesin reometer rerambut jenis Shimadzu CFT-500D. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa pembebanan serbuk sebanyak 63.5 % isipadu merupakan pembebanan serbuk yang paling sesuai untuk disuntik atau pembebanan serbuk yang paling optimum.