Kesan suhu penyuntikan yang tidak optimum terhadap kecacatan jasad anum pada proses penyuntikan logam (MIM)

Kejayaan proses pengacuanan suntikan logam (MIM) sangat dipengaruhi oleh parameter penyuntikan. Parameter proses penyuntikan terdiri dari suhu penyuntikan, tekanan penyuntikan dan suhu acuan. Suhu penyuntikan adalah salah satu parameter penyuntikan yang sangat mempengaruhi kualiti jasad anum. Suhu p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad, Norhamidi, Murtadhahadi, Murtadhahadi, Che Haron, Che Hassan, Sulong, Abu Bakar, Jamaludin, Khairur Rijal, Ahmad, Sufizar, Ibrahim, Mohd. Halim Irwan, Mohamad Nor, Nor Hafiez
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/5785/1/ID_07.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/5785/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejayaan proses pengacuanan suntikan logam (MIM) sangat dipengaruhi oleh parameter penyuntikan. Parameter proses penyuntikan terdiri dari suhu penyuntikan, tekanan penyuntikan dan suhu acuan. Suhu penyuntikan adalah salah satu parameter penyuntikan yang sangat mempengaruhi kualiti jasad anum. Suhu penyuntikan berfungsi untuk memberikan kelikatan yang cukup kepada bahan suapan supaya dapat mengalir dalam acuan tanpa hambatan, ketika bahan suapan tersebut dikenakan tekanan penyuntikan. Apabila suhu yang digunakan dalam proses penyuntikan bukan suhu penyuntikan yang optimum, maka produk tersuntik akan mengalami banyak jenis kecacatan. Kajian ini difokuskan untuk mengenal pasti jenis-jenis kecacatan yang terjadi akibat daripada suhu penyuntikan yang tidak optimum bagi proses pengacuan suntikan logam. Bahan suapan yang digunakan dalam kajian ini iaitu SS 316L, PEG, PMMA dan Asid Stearik. Saiz serbuk adalah 16 μm dan nilai pembebanan serbuk adalan 63.5 % isipadu. Julat suhu penyuntikan yang digunakan dalm kajian ini adalah (110 ºC – 180 ºC) Keputusan menunjukkan penggunaan suhu penyuntikan yang lebih rendah daripada suhu optimum mengakibatkan kecacatan pada produk seperti das pendek, garis kimpalan dan dimensi produk yang tidak sempurna. Manakala penggunaan suhu penyuntikan yang lebih tinggi daripada suhu optimum mengakibatkan kecacatan seperti percikan, pemisahan bahan pengikat,perlobangan permukaan serta pengeluaran bahan suapan yang tidak terkawal. Adapun suhu penyuntikan yang optimum yang didapati dalam kajian ini adalah dalam julat suhu: (130 ºC – 140 ºC).