Gugatan akidah: benci al-Quran

Penulisan kajian membahaskan tentang permasalahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam masa kini mengenai perbuatan membenci al-Quran. Skop penulisan berkisar tentang takrif, nama lain bagi al-Quran, dalil, pengunaan perkataan benci dalam al-Quran, punca membenci al-Quran dan sebagainya. Al-Quran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Panot, Hiasan, Mohd. Rahman, Ahmad Farhan, Zainal Abidin, Muhammad Zainal Fitri, Mohamed, Ahmad Kilani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/53484/7/HiasanPanot2015_GugatanAkidah.Bencial-Quran.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/53484/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan kajian membahaskan tentang permasalahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam masa kini mengenai perbuatan membenci al-Quran. Skop penulisan berkisar tentang takrif, nama lain bagi al-Quran, dalil, pengunaan perkataan benci dalam al-Quran, punca membenci al-Quran dan sebagainya. Al-Quran merupakan kitab terakhir yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW, kandungannya meliputi seluruh aspek kehidupan, merentas zaman, mampu menundukkan akal fikiran, dan mengubati segala kejahilan yang lahir atas sifat hamba yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Sebagai umat Islam adalah wajar mengambil perhatian dengan sepenuh keimanan untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, agar menjadi hamba yang tergolong dalam kalangan hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang tidak terhingga. Agama Islam memberi ruang dan peluang kepada penganutnya untuk memilih cara hidup masing-masing tetapi mestilah tidak terkeluar dari landasan syariat Allah SWT. Walaubagaimanapun terdapat kumpulan dan fahaman yang membenci al-Quran kerana kejahilan dan ketandusan ilmu, maka perlu dilaksanakan gerakan dakwah secara menyeluruh untuk membenteras dan memberi kesedaran seterusnya mengeluarkan golongan tersebut dari kepompong kejahilan mereka. Semoga golongan yang membenci al-Quran tersebut akan memperolehi taufiq dan hidayah dari Allah SWT untuk menjadi hamba yang soleh.