Kaedah Pengukuran Keupayaan Projek Pembangunan
Sektor pembangunan harta tanah semakin pesat di waktu ini melibatkan projek pembinaan seperti perumahan, perdagangan, perindustrian dan sebagainya. Projek pembangunan harta tanah ini menelan perbelanjaan yang sangat besar dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan yang maksimum kepada para pelabur....
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Ukur dan Harta Tanah
1996
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/4962/1/kaedah.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/4962/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sektor pembangunan harta tanah semakin pesat di waktu ini melibatkan projek pembinaan seperti perumahan, perdagangan, perindustrian dan sebagainya. Projek pembangunan harta tanah ini menelan perbelanjaan yang sangat besar dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan yang maksimum kepada para pelabur.
Berbagai teknik pengukuran telah diperkenalkan untuk mengenalpasti keupayaan projek yang bakal dijalankan. Dua jenis teknik pengukuran telah dikemukakan, iaitu Teknik
Tradisional dan Teknik Moden. Teknik Tradisional melibatkan "Total Return Method", "Payback Method", "Average Profit Method", "Peak Profit Method" dan beberapa teknik lain. Manakala Teknik Moden pula melibatkan "Internal Rate Of Return", "Net
Present Value", "Profitability Index", "Rate Of Return On Investment" dan beberapa teknik lain. Teknik-teknik Tradisional dan Moden ini mempunyai konsep dan asas
pengiraan yang tersendiri. Teknik-teknik ini digunakan sebagai alat pengukuran keupayaan sesuatu projek pembangunan.
Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara khusus teknik-teknik pengukuran yang digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan harta tanah, faktor-faktor kos dan faktor-faktor pendapatan yang diambilkira dalam menentukan keupayaan projek pembangunan.
Perlaksanaan kajian ini dilakukan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti pemaju swasta, badan korporat, pihak kerajaan, bank, institusi kewangan dan kumpulan profesional. Analisa kajian melibatkan Laporan Kajian kemungkinan yang diperolehi dan Perlaksanaan Borang Soal Selidik kepada pihak-pihak yang terlibat.
Penganalisaan dijalankan secara "Likert Scaling" dan "Multidimensional Scaling" dalam menentukan darjah penggunaan teknik-teknik pengukuran, keutamaan faktor-faktor kos dan faktor-faktor pendapatan yang terlibat.
Hasil daripada analisa kajian ini menunjukkan 4 jenis teknik pengukuran paling utama digunakan di pasaran iaitu "Total Return Method", "Payback Method", "Internal Rate Of Return" dan "Net Present Value". Keputusan analisa juga telah mengenalpasti keutamaan faktor-faktor kos awalan, kos pertengahan, kos akhir dan faktor pendapatan
yang diambilkira dalam menentukan keupayaan sesuatu projek pembangunan. |
---|