Pembangunan Terhadap Sistem Pangkalan Data Agensi Harta Tanah
Penggunaan sistem pangkalan data di firma agensi harta tanah secara berkomputer memang tidak asing lagi kepad firma harta tanah di luar negara. Namun begitu penggunaannya di Malaysia masih belum meluas. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan sistem yang sesuai. Menyedari akan hakikat itu, penyelidik...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Ukur dan Harta Tanah
1996
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/4878/1/Pbgnan.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/4878/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan sistem pangkalan data di firma agensi harta tanah secara berkomputer memang tidak asing lagi kepad firma harta tanah di luar negara. Namun begitu penggunaannya di Malaysia masih belum meluas. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan sistem yang sesuai. Menyedari akan hakikat itu, penyelidik telah membangunkan satu sistem baru untuk digunakan oleh agensi harta tanah. Pembangunan sistem ini merupakan pembaikan terhadap sistem sediaada yang terdapat di UTM. Objektif kajian ini adalah untuk membina satu sistem yang dapat digunakan oleh agensi harta tanah dan bukannya skadar satu kajian ilmiah sahaja. Untuk itu, penyelidik telah membangunkan satu sistem yang dinamakan READBASE 2. Sistem ini telahpun diuji di firma harta tanah tempatan dan didapati lebih sesuai berbanding sistem yang diimport. Sistem READBASE 2 ini dibina untuk membolehkan data disimpan dalam satu kuantiti yang besar dan mudah untuk diguna semula. Selain dari itu, ia juga dapat menyediakan akaun berkenaan pendapatan yang diterima oleh firma tersebut. Dengan adanya sistem ini, diharapkan agensi akan dapat menjalankan kerja-kerja mereka dalam bidang tersebut dengan lebih cepat dan berkesan. |
---|