Tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menurut pentaksiran rakan sebaya

Kertas kcija ini bertujuan untuk mclihat penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar Islam Tingkatan Empat Sekolah Menengah di Negeri Johor mengikut pentaksiran oleh rakan sebaya. Bagi memenuhi objektif kajian ini, instrumen yang mengandungi 7 konstruk akhlak yang terdiri daripada konstruk akhlak terh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Safar, Ajmain @ Jimaain, Tamuri, Ab. Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/47911/1/Ajmain%40JimaainSafar2011_Tahappenghayatanakhlakdalamkalangan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/47911/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kcija ini bertujuan untuk mclihat penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar Islam Tingkatan Empat Sekolah Menengah di Negeri Johor mengikut pentaksiran oleh rakan sebaya. Bagi memenuhi objektif kajian ini, instrumen yang mengandungi 7 konstruk akhlak yang terdiri daripada konstruk akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap Rasul, akhlak terhadap diri, akhlak terhadap keluarga, akhlak terhadap masyarakat, akhlak terhadap alam sekitar dan akhlak terhadap negara yang mengandungi 167 item telah dibentuk. Penilai setiap responden telah dilakukan oleh dua orang rakan sebaya yang ditentukan oleh guru. Seramai 874 responden terlibat sebagai pentaksir dan 437 responden yang dinilai. Indeks kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dengan indeks kebolehpercayaan item 0.99 dan indeks kebolehpercayaan person pula 0.99. Hasil kajian mendapati tahap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor herada di tahap baik hingga ke atas seramai 336 orang (76.9%); dan tahap lemah hingga ke bawah seramai 101 orang (23.1%). Daripada jumlah tersebut, pencapaian responden perempuan pada tahap baik dan ke atas seramai 82.9% lebih baik berbanding pencapaian responden lelaki seramai 70.1% berada pada tahap baik dan ke atas. Analisis juga menunjukkan responden bersekolah di kawasan bandar memiliki aras pencapaian baik dan ke atas lebih tinggi iaitu 81.5% berbanding lokasi sekolah di luar bandar seramai 73.5%. Daripada 167 item instrumen yang digunakan, terdapat 4.8% daripadanya merupakan elemen akhlak yang paling sukar dilaksanakan oleh rakan sebaya dan hanya 47% daripada keseluruhan item di dalam 7 kontrak, mudah dilaksanakan oleh rakan sebaya.