Kajian keperluan pendekatan Portal Haluan Siswa(PHS) untuk pelajar tahun pertama di FSKSM, UTM

Setiap pelajar lepasan Matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) mendambarkan ke menara gading untuk menggapai apa yang dicita-citakan. Pelbagai alternatif dilakukan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sesebuah universiti yang ingin dipohon. Kertas kerja ini akan membincangkan ha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Sarina, Ramanair, Karen, Fairos Ismail, Nor Anita
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/463/1/SarinaSulaiman2006_Kajiankeperluanpendekatanportalhaluan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/463/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap pelajar lepasan Matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) mendambarkan ke menara gading untuk menggapai apa yang dicita-citakan. Pelbagai alternatif dilakukan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sesebuah universiti yang ingin dipohon. Kertas kerja ini akan membincangkan hasil dapatan kajian yang dilakukan ke atas 59 orang pelajar daripada salah sebuah fakulti di universiti yang telah dipilih sebagai lokasi kajian kes iaitu Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat(FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelajar tahun pertama di universiti tersebut dan data telah dianalisa menggunakan metod statistik deskriptif. Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati bahawa para pelajar baru yang telah melalui permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT) melalui Unit Pusat Universiti(UPU) dan telah diterima masuk ke fakulti tersebut didapati bahawa mereka harus mencari maklumat daripada laman web yang berbeza untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesebuah universiti yang hendak dipohon atau setelah memasuki tahun pertama di UTM. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa medium yang paling banyak digunakan untuk mencari maklumat adalah Internet, diikuti oleh bahan bacaan (prospektus, suratkhabar, majalah dan sebagainya) atau bertanya tentang universiti kepada saudara-mara atau rakan-rakan yang sedang menuntut di IPT. Dapatan kajian yang dilakukan didapati masalah yang timbul apabila mereka melayari sesebuah laman web IPT ialah maklumat dalam laman web tersebut terlalu umum dan menunjukkan bahawa kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti kurang fokus kepada golongan pelajar baru. Keadaan ini menyebabkan mereka terkeliru dan agak sukar untuk mencari maklumat yang spesifik dan diperlukan dengan cepat dan tepat. Dengan ini didapati cadangan untuk menggunakan pendekatan portal dengan membangunkan Portal Haluan Siswa (PHS) akan dapat membantu memudahkan pelajar baru untuk mendapatkan maklumat tentang sesebuah universiti agar mereka dapat membuat persediaan awal dan memahami kehidupan kampus dengan cara yang lebih efektif.