Peranan dan sumbangan Haji Ismail dalam memperkukuhkan pendidikan agama Negeri Johor Darul Ta'zim 1929-1937 dan 1949-1960

Haji Ismail ialah seorang tokoh yang tersohor di dunia Melayu pada abad ke-20M dalam bidang pendidikan dengan memperlihatkan pelbagai usaha dan pembaharuan yang dilakukan bagi mengukuhkan dan memajukan pendidikan Islam di Johor Darul Ta’zim khususnya pendidikan aliran Arab. Antaranya dengan menerapk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Abdul Kadir, Yusoff, Kamaruzaman, Saat, Ishak
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/45439/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Haji Ismail ialah seorang tokoh yang tersohor di dunia Melayu pada abad ke-20M dalam bidang pendidikan dengan memperlihatkan pelbagai usaha dan pembaharuan yang dilakukan bagi mengukuhkan dan memajukan pendidikan Islam di Johor Darul Ta’zim khususnya pendidikan aliran Arab. Antaranya dengan menerapkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ketika menjadi guru di Madrasah dan Kuliah Al-Attas. Di samping itu, beliau telah meningkatkan mutu pendidikan agama aliran Arab dengan memperkenalkan sukatan pelajaran yang holistik yang menggabungkan pelajaran agama, Arab dan akademik di SAR, Kolej Islam Malaya dan Maahad Johor. Dari segi kemajuan fizikal pendidikan Islam pula, Haji Ismail bersama-sama ulama lepasan Timur Tengah yang lain telah menjadi perintis kepada kemajuan pendidikan agama dan Arab di peringkat pengajian tinggi. Ini dilihat menerusi gagasan idea dan usaha mereka yang membawa kepada penubuhan Kolej Islam Malaya dan Maahad Johor. Selain itu, beliau juga menggunakan medium penulisan bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan serta turut menyumbang idea bagi meningkatkan mutu pendidikan Islam di negara ini.