Al-Quran dan geografi

Geografi adalah satu cabang sains yang mengkaji tentang bumi. Cabang sains ini adalah subjek yang paling menarik kerana dapat memberikan jawapan yang kerapkali anda tanyakan kepada diri anda, misalannya, “Mengapakah hujan turun?” “Adakah semua batuan mempunyai galian?” “Mengapakah pokok tumbang bole...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jasmi, Kamarul Azmi, Ahmad Zawawi, Nurliyana
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia Press 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/41067/2/KamarulAzmiJasmi2013_AlQuranGeografi.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/41067/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Geografi adalah satu cabang sains yang mengkaji tentang bumi. Cabang sains ini adalah subjek yang paling menarik kerana dapat memberikan jawapan yang kerapkali anda tanyakan kepada diri anda, misalannya, “Mengapakah hujan turun?” “Adakah semua batuan mempunyai galian?” “Mengapakah pokok tumbang boleh menyebabkan hakisan?” dan sebagainya. Pentingnya untuk manusia mempelajari ilmu geografi ini adalah untuk memahami persekitaran dengan lebih mendalam serta menilai sumber serta peluang yang terdapat dalamnya. Lebih terang dan jelas dalam al-Quran terdapat pengajaran ayat Allah S.W.T. yang diketengahkan tentang kejadian alam semesta yang begitu indah dan ajaib kejadiannya yang menunjukan tanda kebesaran Allah. Dengan memikir dan merenung maka manusia akan diilhamkan dengan ilmu pengetahuan, idea serta kepandaian yang menjadikan manusia dapat mentadbir alam ini mengikut acuan Allah S.W.T. berteraskan kepada syariat yang telah diturunkan. Dalam bidang geografi, terdapat dua aspek utama, iaitu Geografi Fizikal yang merangkumi bumi sebagai satu sistem, batuan, laut dan lautan, iklim, luluhawa, ekosistem, tumbuhan dan haiwan; dan Geografi Manusia yang merangkumi skop ekonomi, kebudayaan, politik, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Antara contoh kegiatan yang dimaksudkan dalam Geografi Manusia adalah seperti pengangkutan, pertanian, perikanan, perlombongan, perikanan, pembalakan, penempatan, perusahaan, penempatan, pengangkutan dan perkhidmatan. Huraian dalam aspek Geografi Fizikal paling banyak yang disebutkan dalam al-Quran yang dikaji dan diteliti oleh manusia kejadian alam semesta, pembentukan dan pergerakan bumi, bentuk fizikal bumi serta fungsinya pada alam sejagat sehinggalah kejadian akhir alam semesta (Goh, 2010).