Prestasi pembakaran menggunakan pemusar udara aliran paksi dengan nombor pusar yang berbeza

Pemusar udara, selain menstabilkan nyalaan merupakan kawalan pasif bagi mengurangkan emisi gas ekzos. Bahan cemar yang keluar bersama gas ekzos terdiri daripada gas nitrogen oksida (NOx), sulfur dioksida (SO2) dan karbon monoksida (CO). Pelbagai kaedah boleh diadaptasi bagi mengurangkan penghasilan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Mohd. Haris, Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri, Ishak, Mohamad Shaiful Ashrul
Format: Article
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/41020/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemusar udara, selain menstabilkan nyalaan merupakan kawalan pasif bagi mengurangkan emisi gas ekzos. Bahan cemar yang keluar bersama gas ekzos terdiri daripada gas nitrogen oksida (NOx), sulfur dioksida (SO2) dan karbon monoksida (CO). Pelbagai kaedah boleh diadaptasi bagi mengurangkan penghasilan gas emisi dari pembakaran, antaranya ialah penambahbaikan teknik pembakaran dalam usaha mengurangkan penghasilan gas emisi dari pembakaran tersebut. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan aliran berpusar. Dengan menggunakan pemusar udara aliran paksi, emisi gas NOx dapat dikurangkan kerana pembakaran yang lebih lengkap dan kecekapan pembakaran yang lebih tinggi dapat dihasilkan. Kadar emisi ini bergantung kepada sudut pesongan bilah pemusar yang digunakan dan dibuktikan keberkesanannya melalui penggunaan pemusar udara aliran paksi di dalam ujian pembakaran yang dijalankan.