Aliran dua fasa di bahagian mendatar telaga

Kejatuhan aliran dua fasa di sepanjang telaga mendatar banyak mempengaruhi prestasi pengeluaran dan rekabentuk telaga. Sehingga kini tidak ada korelasi yang menyatakan hubungan kejatuhan tekanan aliran dua fasa di bahagian mendatar telaga dan interaksinya dengan reserbor atau ujikaji makmal telah di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Arshad, Azmi, Othman, Ariff, Abdul Razak, Mohd. Razif, Abu Bakar, Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Jawatankuasa Penyeldikan & Perundingan, Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli, UTM 1993
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/4027/1/SKMBT_60007062016540.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/4027/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejatuhan aliran dua fasa di sepanjang telaga mendatar banyak mempengaruhi prestasi pengeluaran dan rekabentuk telaga. Sehingga kini tidak ada korelasi yang menyatakan hubungan kejatuhan tekanan aliran dua fasa di bahagian mendatar telaga dan interaksinya dengan reserbor atau ujikaji makmal telah dilakukan menggunakan campuran air dan udara sebagai bendalir dua fasa yang dialirkan sepanjang paip lutsinar PVC. Aliran masuk daripada luaran (reserbor) disalurkan melalui pelapik bertebuk yang dipasang pada suatu tempat di bahagian atas paip PVC. Kajian dijalankan dengan memperbagaikan kadar aliran dan nisbah gas-cecair. Tekanan di sepanjang paip diukur dan dicatatkan. Keputusan ujikaji telah menunjukkan kejatuhan tekanan di sepanjang paip PVC ini adalah sebahagian besarnya (95% - 97%) disebabkan oleh kesan kemasukan bendalir daripada luaran. Satu persamaan / korelasi yang sesuai untuk menerangkan kesan ini telah dibangunkan.