Masalah yang dihadapi di kalangan pelajar tingkatan 4 dalam proses pembelajaran elektrolisis leburan berdasarkan Matapelajaran Kimia KBSM

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti ‘Masalah Yang Dihadapi Pelajar Tingkatan 4 Dalam Pembelajaran Elektrolisis Leburan Berdasarkan Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kajian dijalankan berdasarkan 5 objektif kajian iaitu mengenal pasti permasalahan pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bakar, Md. Nor, Mukhtar, Mohd Izham
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/39891/1/MohdNorBakar2011_MasalahyangDihadapiDikalanganPelajarTingkatan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/39891/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti ‘Masalah Yang Dihadapi Pelajar Tingkatan 4 Dalam Pembelajaran Elektrolisis Leburan Berdasarkan Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kajian dijalankan berdasarkan 5 objektif kajian iaitu mengenal pasti permasalahan pelajar dalam menulis persamaan elektrokimia sebatian leburan,mengenalpasti masalah penerbitan formula kimia dalam sebatian leburan, melihat samada pelajar memahami atau tidak memahami konsep elektrokimia sebatian leburan dan mengenalpasti masalah paling dominan yang dihadapi pelajar dalam elektrokimia sebatian leburan. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui kaedah kaji selidik dan temubual. Temubual dijalankan adalah untuk menyokong dapatan dapatan analisis kajian dari kaedah pertama. Seramai 120 pelajar tingkatan 4 dari 3 buah sekolah menegah sekitar daerah Kluang telah dipilih secara rawak. Soalan soal selidik telah dirangka berdasarkan Aras Kognitif Taksonomi Bloom dan berdasarkan Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Rendah (KBSM) melalui darjah kesukaran yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan pelajar menghadapi masalah- masalah yang biasanya wujud dalam elektrolisis sebatian leburan seperti masalah pelajar dalam pengetahuan asas pelajaran Kimia, masalah menulis persamaan kimia elektrolisis leburan, masalah menerbitkan formula kimia dalam sebatian leburan, pelajar tidak memahami dengan jelas konsep proses elektrolisis dan kekeliruan dalam menulis simbol-simbol kimia.