Kualiti Pendidikan di IPT: pendekatan spiritual dalam Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE)
Manusia dan pendidikan ialah isu yang penting dalam merencana pembangunan serta kemajuan sesebuah Negara. Kegagalan memahami isu ini akan mengundang kegagalan dalam menguruskan rupa corak kemajuan dan ketamadunan pada masa hadapan. Dunia pendidikan Negara adalah dalam proses ke arah pendidikan berta...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/38133/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Manusia dan pendidikan ialah isu yang penting dalam merencana pembangunan serta kemajuan sesebuah Negara. Kegagalan memahami isu ini akan mengundang kegagalan dalam menguruskan rupa corak kemajuan dan ketamadunan pada masa hadapan. Dunia pendidikan Negara adalah dalam proses ke arah pendidikan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) adalah salah satu kaedah popular dan berkesan dalam melahirkan pendidikan bertaraf dunia di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam masa yang sama, cabaran krisis nilai dalam kalangan pelajar IPT masih menjadi antara masalah utama yang perlu diberi perhatian serius, selaras dengan kecemerlangan pendidikan. Kepincangan dalam pembangunan potensi spiritual dan emosi pelajar menyedarkan kita implimentasi sistem pendidikan yang bertujuan membangunkan manusia secara menyeluruh kurang difahami.Selanjutnya, teori-teori pembelajaran masih berfokus kepada tiga domain utama dalam pembangunan manusia iaitu kognitif, afektif dan psikomotor, sementara domain spiritual diabaikan.IPT merupakan antara ‘kilang’ mencetak rupabentuk masyarakat yang kita hajati. Jika berkesan pendekatan pendidikannya, akan lahirlah kualiti pemimpin dan peneraju masyarakat yang cemerlang di masa hadapan begitu juga sebaliknya. Artikel ini akan mengenengahkan garispanduan meningkatkan kualiti pendidikan IPT di masa hadapan melalui model-model pembangunan manusia di Malaysia yang boleh diterapkan ke dalam Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE).Adalah diharapkan perbincangan dalam artikel ini akan dapat dimanfaatkan oleh para pendidik IPT khususnya dan pendidik Malaysia amnya. |
---|