Sikap pelajar terhadap situasi persaingan: kajian di Universiti Utara Malaysia

Sikap bersaing perlu wujud dalam diri setiap pelajar terutama bagi tujuan kecemerlangan akademik. Namun, tidak semua pelajar yang merasakan diri mereka sebagai pesaing kepada pelajar lain malah tidak meletakkan diri sebagai pesaing yang hebat. Kajian yang telah dilakukan di salah sebuah kolej di Uni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Zain, Rajwani, Tee, Chuei Pei, Abu Bakar, Md. Zawawi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/373/1/RajwaniMohdZain2006_Sikappelajarterhadapsituasipersaingan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/373/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sikap bersaing perlu wujud dalam diri setiap pelajar terutama bagi tujuan kecemerlangan akademik. Namun, tidak semua pelajar yang merasakan diri mereka sebagai pesaing kepada pelajar lain malah tidak meletakkan diri sebagai pesaing yang hebat. Kajian yang telah dilakukan di salah sebuah kolej di Universiti Utara Malaysia (UUM) ini bagi meninjau sikap persaingan yang wujud di kalangan pelajar serta perbezaan yang mungkin wujud adalah berdasarkan latar belakang masing-masing. Kajian melibatkan 322 orang responden dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan sikap terhadap situasi persaingan berdasarkan etnik, manakala bagi ciri-ciri demografi yang lain iaitu jantina dan semester pengajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan. Di samping itu, analisis korelasi- Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap terhadap situasi persaingan dengan PMK terakhir (pencapaian akademik). Ini menunjukkan para pelajar yang mempunyai sikap persaingan yang positif mempunyai pencapaian akademik yang baik. Berdasarkan hasil tersebut, langkahlangkah bagi meningkatkan sikap yang positif dan daya saing terhadap situasi persaingan bagi menghadapi cabaran secara efektif dan produktif perlu disarankan kepada pelajar.