Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMJ): suatu isu berulang

Dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak tahun 2003. Perlaksanaan polisi ini telah melalui satu kitaran. Pelajar sekolah yang mula belajar dalam tingkatan satu serta pelajar matrikulasi di pelbaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Tuah, Mohamed, Mohini
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/36987/1/MohiniMohamed2010_PengajarandanPembelajaranSainsdanMatematikDalam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/36987/
http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/issue/view/26
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak tahun 2003. Perlaksanaan polisi ini telah melalui satu kitaran. Pelajar sekolah yang mula belajar dalam tingkatan satu serta pelajar matrikulasi di pelbagai pusat pengajian tinggi di Malaysia telah menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi khususnya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Kertas kerja ini akan memberi sedikit gambaran tentang kesan perlaksanaan polisi ini terhadap pelajar di beberapa buah fakulti yang diambil secara rawak di UTM. Kajian ini meneliti kesan polisi PPSMI terhadap tiga aspek, iaitu kesediaan, minat dan keyakinan dalam kalangan pelajar UTM. Seramai 309 orang pelajar tahun tiga daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UTM telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah set soal selidik yang mengandungi 34 item berskala Likert yang mempunyai lima pilihan respon beserta dua soalan terbuka. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah a = 0.895. Analisis statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah pada tahap sederhana dan kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, majoriti pelajar bersetuju dengan pelaksanaan polisi terbabit dan menyatakan bahawa PPSMI penting bagi peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris untuk kejayaan dalam kerjaya dan masa depan mereka.