Pola sahsiah remaja dalam kalangan pelajar Islam di Sekolah Menengah daerah Johor Bahru

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola sahsiah remaja dan faktor yang mempengaruhi sahsiah remaja dalam kalangan pelajar Islam di sekolah menengah di Daerah Johor Bahru. Seterusnya kajian ini akan melihat hubungan antara pola sahsiah remaja dengan faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima pola sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Isa, Khairun Nizar
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/36253/5/KhairunNizarMatIsaMFP2012.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/36253/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:72720?site_name=Restricted Repository
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola sahsiah remaja dan faktor yang mempengaruhi sahsiah remaja dalam kalangan pelajar Islam di sekolah menengah di Daerah Johor Bahru. Seterusnya kajian ini akan melihat hubungan antara pola sahsiah remaja dengan faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima pola sahsiah remaja yang dikaji iaitu akidah, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak, manakala empat faktor yang mempengaruhi pola sahsiah remaja dikaji meliputi ibu bapa, media massa, rakan sebaya dan didikan agama. Seramai 242 orang sampel yang terlibat dalam kajian yang terdiri daripada pelajar yang beragama Islam di empat buah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru. Responden diberikan satu set borang soal selidik inventori sahsiah diri yang dibangunkan oleh Syed Umar Bin Abdul Rahman, Fadzlunesa Bt Isa dan Joohana Bt Saliman, (2011). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 15. Data deskriptif yang diperoleh menunjukkan bahawa pola akidah merupakan pola sahsiah remaja yang paling tinggi dalam diri responden (M=4.63), diikuti pola ibadat (M=3.96), pola muamalat (M=3.89), pola akhlak (M=3.81) dan pola muasyarat (M=3.67). Pengaruh ibu bapa merupakan faktor yang paling tinggi mempengaruhi sahsiah diri remaja yang dikaji (M=3.45), diikuti rakan sebaya (M=3.29), media massa (M=2.63) dan didikan agama (M=2.59). Analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara elemen muasyarat dengan faktor ibu bapa (p=0.000, r=0.521), media massa (p=0.008 ,r=0.170), rakan sebaya (p=0.000, r=0.354) dan didikan agama (p=0.024, r=0.145). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara aspek muamalat dengan faktor media massa (p=0.000,r=0.390), rakan sebaya (p=0.000,r=0.390) dan didikan agama (p=0.027,r=0.142). Elemen akhlak mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor ibu bapa sahaja (p=0.010,r=0.166), manakala elemen akidah menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan faktor ibu bapa, media massa, rakan sebaya dan didikan agama.