Pandangan pengguna penyata kewangan terhadap kepentingan item di dalam indeks pelaporan kewangan menerusi internet di Malaysia

Kajian ini cuba meneliti pandangan pengguna penyata kewangan berkaitan kepentingan item dalam indeks pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik untuk mengetahui pandangan pengguna penyata kewangan berhubung kepentingan item yang perlu terkandung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ali Khan, Mohd Noor Azli, Ismail, Noor Azizi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/33658/1/JT_SS_61mac2013_05.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/33658/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini cuba meneliti pandangan pengguna penyata kewangan berkaitan kepentingan item dalam indeks pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik untuk mengetahui pandangan pengguna penyata kewangan berhubung kepentingan item yang perlu terkandung dalam senarai semakan indeks PKMI. Berdasarkan sorotan karya yang menyeluruh, tahap PKMI dalam kajian ini dibahagikan kepada dua dimensi iaitu kandungan dan pembentangan. Penemuan kajian menunjukkan lima item terpenting iaitu penyata pendapatan tahun semasa, penyata aliran tunai tahun semasa, kunci kira-kira tahun semasa, laporan tahunan (teks penuh) tahun semasa, dan laporan juruaudit tahun semasa yang berupaya menggambarkan dimensi kandungan. Manakala, bagi dimensi pembentangan pula terdapat lima item terpenting daripada laporan tahunan dalam format PDF, masa muat turun laman web syarikat (kurang 10 saat), pautan kepada laman web utama, hiperpautan ada di dalam laporan tahunan, dan pautan kepada senarai kandungan. Penemuan kajian ini juga memberikan bukti empirikal bahawa 144 item pelaporan boleh digunakan bagi senarai semakan indeks PKMI untuk mengetahui tahap PKMI. Hasil kajian ini menyumbang kepada pemahaman tambahan tentang PKMI di Malaysia. Implikasi hasil kajian dan arah tuju penyelidikan masa hadapan turut dibincangkan.