Tahap pengetahuan amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Segamat

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Segamat berdasarkan aspek peraturan, hukuman dan pengurusan disiplin oleh guru disiplin di sekolah. Persampelan kajian melib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yunus, Anney Zaharazilah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/32564/1/AnneyZaharazilahYunusMFP2012.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/32564/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Segamat berdasarkan aspek peraturan, hukuman dan pengurusan disiplin oleh guru disiplin di sekolah. Persampelan kajian melibatkan seramai 92 orang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Segamat. Kaedah tinjauan digunakan dalam menjalankan kajian manakala data diperoleh menggunakan kaedah soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam soalselidik kajian ini ialah Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ). Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi kajian ini ialah 0.960. Seterusnya, data yang diperolehi daripada kajian rintis yang dijalankan terhadap 10 orang guru. Perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 16.0 digunapakai untuk mengumpul, menyemak dan menganalisis data soal selidik dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA Sehala. Melalui hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan adalah tinggi iaitu 3.70 manakala tahap amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Segamat yang dikaji juga menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 3.91. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi dan tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin pelajar signifikan dalam kalangan guru disiplin berdasarkan jantina dan tempoh perkhidmatan namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan kaum responden.