Pengelompokan data kajicuaca bagi peramalan taburan hujan

Penganalisaan data kajicuaca merupakan satu tugas yang sangat penting tetapi sukar dan amat mencabar kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM) ekoran penambahan jumlah data kajicuaca dari masa ke semasa. Hasil daripada penganalisaan tersebut akan digunakan untuk membuat keputusan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dollah@Md. Zain, Rozilawati, Md. Sap, Mohd. Noor
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/3244/1/Pengelompokan_data_kajicuaca_bagi_peramalan_taburan_hujan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/3244/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penganalisaan data kajicuaca merupakan satu tugas yang sangat penting tetapi sukar dan amat mencabar kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM) ekoran penambahan jumlah data kajicuaca dari masa ke semasa. Hasil daripada penganalisaan tersebut akan digunakan untuk membuat keputusan dan juga peramalan taburan hujan pada masa akan datang. Di dalam proses peramalan taburan hujan, peramal mestilah mengenalpasti parameter kajicuaca manakah yang memberikan pengaruh yang besar kepada ketepatan atau prestasi peramalan taburan hujan. Salah satu cara untuk kenalpasti parameter tersebut ialah dengan melakukan pengelompokan ke atas data kajicuaca tersebut. Oleh yang demikian, kertas kerja ini membincangkan tentang perbandingan di antara dua teknik pengelompokan iaitu teknik peraturan kesatuan dan kaedah statistik di dalam mengelompokkan data kajicuaca bagi tujuan peramalan taburan hujan. Hasil kajian telah mendapati bahawa teknik peraturan kesatuan adalah lebih sesuai untuk digunakan di dalam pengelompokan data kajicuaca berbanding kaedah statistik. Selain daripada itu, penggunaan parameter data kajicuaca yang berada di dalam kelompok yang berlainan didapati telah memberikan prestasi peramalan taburan hujan yang lebih baik berbanding penggunaan parameter data kajicuaca yang berada di dalam kelompok yang sama.