Penggunaan kaedah statistik di dalam pengelompokan data kajicuaca bagi meramal taburan hujan

Meramal cuaca merupakan satu tugas yang kompleks dan sukar bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM) ekoran pertambahan data kajicuaca di dalam pangkalan data. Di antara parameter-parameter data kajicuaca yang disimpan, taburan hujan merupakan parameter yang paling sukar diramal kera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dollah @ Md. Zain, Rozilawati, Md. Sap, Mohd. Noor, Bahari, Mahadi, Bakri, Aryati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/3242/1/Penggunaan_kaedah_statistik_di_dalam_pengelompokan_data_kajicuaca_bagi_meramal_taburan_hujan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/3242/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Meramal cuaca merupakan satu tugas yang kompleks dan sukar bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM) ekoran pertambahan data kajicuaca di dalam pangkalan data. Di antara parameter-parameter data kajicuaca yang disimpan, taburan hujan merupakan parameter yang paling sukar diramal kerana ia melibatkan pelbagai parameter data kajicuaca seperti taburan hujan, suhu, kelajuan angin, tekanan, kelembapan dan sebagainya. Salah satu cara yang boleh diaplikasikan untuk meramal taburan hujan adalah melalui pengelompokan parameter data kajicuaca dengan menggunakan kaedah statistik. Kajian ini memberikan penumpuan kepada operasi pengelompokan data kajicuaca di mana hasil dari pengelompokan ini akan digunakan sebagai input untuk meramal taburan hujan. Hasil kajian ini menunjukkan pengelompokan data kajicuaca dengan menggunakan kaedah statistik dapat membantu pihak peramal di JPKM untuk melakukan peramalan taburan hujan. Di samping itu, hasil kajian juga telah mendapati bahawa penggunaan kelompok data kajicuaca yang berlainan sebagai data input kepada proses peramalan taburan hujan telah memberikan prestasi peramalan yang lebih baik berbanding dengan penggunaan kelompok data kajicuaca yang sama.