Asas kejuruteraan reserbor

Di dalam buku ini pengarang telah menerangkan dengan jelas fizik asas kejuruteraan reserbor iaitu satu ilmu pengetahuan yang benar-benar diperlukan dalam industri petroleum untuk perolehan hidrokarbon yang berkesan. Kebanyakan teks adalah berdasarkan pada beberapa siri kuliah yang disampaikan oleh p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Arif (Penterjemah), Derahman, Mohd. Nawi (Penterjemah), Zakaria, Zainal (Penterjemah)
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UTM 1998
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/30245/1/ArifOthman1998_AsasKejuruteraanReserbor.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/30245/
http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=102
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di dalam buku ini pengarang telah menerangkan dengan jelas fizik asas kejuruteraan reserbor iaitu satu ilmu pengetahuan yang benar-benar diperlukan dalam industri petroleum untuk perolehan hidrokarbon yang berkesan. Kebanyakan teks adalah berdasarkan pada beberapa siri kuliah yang disampaikan oleh pengarang dan dari awal hingga ke akhir, buku ini hanya menggunakan teknik matematik yang paling mudah dan yang paling ringkas. Empat bab pertama memberikan pengenalan kepada asas kejuruteraan reserbor dan akan melibatkan semua yang bersangkutan dalam sebarang cara dengan pembangunan dan pengeluaran simpanan hidrokarbon. Empat bab berikutnya adalah lebih khusus dan menerangkan aspek-aspek lapangan yang paling penting, iaitu teori dan amalan ujian telaga minyak dan ujian telaga gas, dan teknik analisis tekanan. Bab-bab ini diatur dalam susunan yang ringkas, disatukan, dan berguna, yang tidak sedia ditemui di dalam teks-teks yang lain. Influks air dan sesaran bendalir dibincangkan di dalam dua bab terakhir dengan tujuan membantu pembaca memahami penyelakuan berangka prestasi reserbor. Banyak teknik pengiraan moden dibincangkan dengan bantuan carta alir dan dijelaskan dengan contoh-contoh. Buku ini adalah teks yang sesuai untuk pelajar dengan anggapan pelajar tidak mempunyai pengetahuan kejuruteraan reserbor sebelum ini. Buku ini juga bernilai untuk jurutera, ahli teknologi pengeluaran, dan jurutera pengeluaran dalam melakukan tugas mereka.