Gaya & panduan penerbitan book chapters

Gaya dan Panduan Penerbitan Book Chapters ini diterbitkan bertujuan untuk memberi panduan kepada penulis dan editor mengenai pengkaryaan dan penerbitan book chapters. Keseragaman daripada perspektif gaya yang dicadangkan sama sekali tidak bermakna para penulis, editor, dan pengatur huruf dikongkong...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mazlan, Khalid (Penyelenggara)
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UTM 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/30080/1/KhalidMazlan2009_GayaPanduanPenerbitanBookChapters.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/30080/
http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=466
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya dan Panduan Penerbitan Book Chapters ini diterbitkan bertujuan untuk memberi panduan kepada penulis dan editor mengenai pengkaryaan dan penerbitan book chapters. Keseragaman daripada perspektif gaya yang dicadangkan sama sekali tidak bermakna para penulis, editor, dan pengatur huruf dikongkong atau dibataskan, sehingga memungkinkan mereka menjadi tak berdaya cipta dan hilangnya kreativiti. Sebaliknya, semangat penyediaan gaya dan panduan ini menyediakan ruang secukupnya kepada penulis dan editor menginovasi daya cipta asal ke atas hasil kerja supaya terarah kepada matlamat menjaya, mempercepat, dan meningkat mutu penerbitan book chapters. Penerbitan gaya dan panduan penerbitan ini, diakui tidak dapat memenuhi setiap aspek keperluan, apatah lagi memuaskan kehendak entiti yang menanganinya – namun penataran yang dilakukan diharap dapat memandu, membantu dan memberikan bimbingan dalam rangka menghalacarakan hasil penulisan ke tahap mencapai suatu bentuk gaya dan format penulisan yang seragam, mudah difahami dan berkualiti, sekalipun ditangani ratusan penulis dan puluhan editor. Atas matlamat ini, diharapkan gaya dan panduan penerbitan ini dapat dijadikan sebagai rujukan oleh kalangan para penulis, editor, dan pengatur huruf dari peringkat menyedia kerangka, menggarap penulisan, membina manuskrip hinggalah ke peringkat penyediaan naskhah sedia kamera book chapters yang diusahakan.