Pembaharuan dalam Dunia Islam

Pembaharuan dalam dunia Islam sama ada perjuangan membentuk Masyarakat Madani atau menegakkan Islam Hadhari seharusnya tidak lari daripada landasan pembaharuan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan ajaran al–Quran. Konsep Islam Hadhari juga memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jasmi, Kamarul Azmi
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UTM 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/30035/1/KamarulAzmiJasmi2007_PembaharuanDalamDuniaIslam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/30035/
http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=430
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembaharuan dalam dunia Islam sama ada perjuangan membentuk Masyarakat Madani atau menegakkan Islam Hadhari seharusnya tidak lari daripada landasan pembaharuan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan ajaran al–Quran. Konsep Islam Hadhari juga memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dan usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Bertitik tolak daripada agenda pembaharuan Islam sejak zaman berzaman, buku ini cuba mengupas secara tuntas pembaharuan yang berlaku dalam sejarah Islam merentas aspek sejarah, definisi tajdid dan islah serta ciri asas pembaharuan Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. Selain itu, perbincangan juga tertumpu tentang sejarah dan perjuangan hidup, idea serta pemikiran yang dibawa oleh tiga tokoh penting pembaharuan Islam, iaitu Muhammad ibn ‘Abd al–Wahhab, Muhammad ‘Abduh dan Hassan al–Banna. Walaupun terdapat kebaikan daripada pembaharuan yang pernah mereka perjuangkan, namun wujud polemik yang mengundang pergeseran antara pengikut tokoh pembaharuan ini dengan golongan arus perdana. Justeru, penulis membincangkan polemik tersebut dengan memberi penekanan kepada bidaah dan konsep pegangan terhadap mazhab. Buku ini diharap dapat dijadikan wadah panduan dan pedoman kepada umat Islam khususnya ibu bapa, guru, pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi serta para pelajar di peringkat sekolah menengah di Malaysia.