Termodinamik asas

Termodinamik ialah satu cabang sains asas yang berkaitan dengan pengajian tenaga. Pengajian termodinamik dianggap abstrak kerana melibatkan banyak prinsip dan falsafah. Justeru, buku ini menghuraikan penggunaan teori dan konsep asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan termodinamik asas. Bab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ariffin, Mohd. Kamal
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UTM 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/29985/1/Mohd.KamalAriffin2005_TermodinamikAsas.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/29985/
http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=378
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Termodinamik ialah satu cabang sains asas yang berkaitan dengan pengajian tenaga. Pengajian termodinamik dianggap abstrak kerana melibatkan banyak prinsip dan falsafah. Justeru, buku ini menghuraikan penggunaan teori dan konsep asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan termodinamik asas. Bab yang dibincangkan meliputi konsep asas yang digunakan dalam pengajian termodinamik. Antara perkara yang dibincangkan ialah istilah yang lazim digunakan dalam bidang termodinamik, unit asas, sifat bahan tulen, tenaga, haba dan kerja, hukum pertama termodinamik bagi sistem tertutup dan sistem terbuka, hukum kedua termodinamik, dan entropi. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pembaca, contoh masalah dan penyelesaiannya disertakan. Penyelesaian ini diterangkan secara teratur dan disertakan dengan lakaran sistem yang berkaitan untuk menambahkan pemahaman pembaca. Pada akhir setiap bab disertakan latihan untuk menguji kefahaman pembaca. Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar tahun satu atau tahun dua kursus ijazah atau diploma Kejuruteraan, terutamanya Kejuruteraan Mekanikal di institusi pengajian tinggi serta sebagai bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat tentang pengajian termodinamik.