Pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja

Industri pembinaan sering dikritik kerana kurang mengambil berat dalam aspek keselamatan dan kesihatan. Sektor pembinaan adalah dikenali antara industri yang mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi berbanding industri lain kerana sering dikaitkan dengan fenomena 3–D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dang...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Misnan, Mohd. Saidin, Mohammed, Abdul Hakim, Dalib, Abdul Rahman
フォーマット: 図書
言語:English
出版事項: Penerbit UTM 2011
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.utm.my/id/eprint/29809/1/Mohd.SaidinMisnan2011_PembangunanBudayaKeselamatandiTempatKerja.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/29809/
http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=529
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Industri pembinaan sering dikritik kerana kurang mengambil berat dalam aspek keselamatan dan kesihatan. Sektor pembinaan adalah dikenali antara industri yang mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi berbanding industri lain kerana sering dikaitkan dengan fenomena 3–D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ (Kotor, Sukar dan Merbahaya). Keselamatan dalam industri pembinaan ialah suatu bidang yang signifikan kerana sektor ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan ia juga menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan yang melibatkan kemalangan maut. Kerja dalam industri ini dianggap merbahaya kerana ia mungkin sering kali melibatkan pekerjaan di tempat tinggi yang menggunakan perancah, lorong laluan, tangga, bumbung, kerja pengorekan yang melibatkan letupan, jentera kerja tanah dan penggunaan jentera pengangkat seperti kren dan pengangkat (hoist). Justeru, budaya keselamatan di tempat kerja merupakan satu elemen penting yang berupaya untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan yang menjurus kepada hubungan antara manusia, kesihatan, keselamatan dan kemalangan serta persekitaran. Selain itu, budaya keselamatan juga merupakan satu elemen yang penting dalam keseluruhan aktiviti sesebuah organisasi. Ini adalah kerana budaya keselamatan berupaya mencegah daripada berlakunya sesuatu kemalangan. Kesedaran mengenai budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan seharusnya menjadi agenda yang harus diberikan penekanan oleh semua pihak.