Penentuan kemahiran yang bersesuaian untuk pelajar sarjana muda pengurusan teknologi

Graduan yang menganggur terus menjadi masalah yang semakin meruncing dan serious di Malaysia. Terdapat majikan yang menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan mula meminta institusi pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran generik. Dalam membangunk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omain, Siti Zaleha, Jusoh, Ahmad, Low, Hock Heng, Mohd. Salleh, Norliza
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2774/1/75101.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2774/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Graduan yang menganggur terus menjadi masalah yang semakin meruncing dan serious di Malaysia. Terdapat majikan yang menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan mula meminta institusi pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran generik. Dalam membangunkan rekabentuk kurikulum yang efektif untuk pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, adalah penting untuk mengenal pasti kepentingan kemahiran yang relevan untuk pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan tahap kepentingan kemahiran yang relevan daripada perspektif alumni dan juga untuk mengenalpasti kelemahan kurikulum MOT sekarang berbanding dengan hasil kajian. Kemahiran yang berkaitan dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : kemahiran pengurusan, kemahiran teknikal dan kemahiran generik. Data untuk kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang dihantar melalu pos kepada 233 alumni ( graduan yang bekerja di bidang yang bersesuaian) . Analisis tak berparametrik (Kruskal Wallis dan Mann Whitney U) dan kaedah ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan median) telah digunakan untuk mencapai obkejtif yang pertama. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan di antara sektor pekerjaan dan jenis pekerjaan dalam menentukan tahap kepentingan kemahiran teknikal dan kemahiran pengurusan. Kajian ini juga mencadangkan matapelajaran yang perlu ditambah dalam kurikulum semasa.