Persepsi belia terhadap sistem demokrasi dan tahap kesedaran mendaftar sebagai pemilih

Masyarakat Malaysia masih memandang dingin terhadap hak mereka untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengundi di dalam pilihan raya. Senario ini agak membimbangkan jika dibiarkan dalam jangka masa panjang kerana akan menjejaskan semangat cintakan negara dan rasa tanggungjawab rakyat terhadap negara. I...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idrus, Durishah, Abd. Rahman, Hamidah, Mahmud, Norashikin, Mahmood, Husain, Mad Shah, Ishak
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTM 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/25465/1/DurishahIdrus2008_PersepsiBeliaTerhadapSistemDemokrasi.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/25465/
http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FPPSM/bookchapter_fppsm06.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Malaysia masih memandang dingin terhadap hak mereka untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengundi di dalam pilihan raya. Senario ini agak membimbangkan jika dibiarkan dalam jangka masa panjang kerana akan menjejaskan semangat cintakan negara dan rasa tanggungjawab rakyat terhadap negara. Ini jelas terbukti dengan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang menunjukkan peningkatan bilangan warganegara yang masih belum mendaftar sebagai pemilih saban tahun. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini membincangkan tentang satu hasil kajian oleh beberapa orang penyelidik Universiti Teknologi Malaysia bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran belia terhadap pendaftaran sebagai pemilih iaitu mengenal pasti dan persepsi mereka terhadap sistem demokrasi negara ini. Responden kajian ini terdiri daripada 6300 golongan belia (22 tahun hingga 40 tahun) yang belum mendaftar sebagai pemilih yang dipilih secara persampelan kebetulan dan persampelan ‘snowballing’ di seluruh Malaysia. Soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Tahap kesedaran sebagai pemilih diukur menerusi tiga faktor iaitu faktor pengetahuan, faktor hak dan faktor tanggungjawab. Hasil kajian menunjukkan walaupun golongan berpotensi ini masih belum mendaftar sebagai pemilih, namun tahap kesedaran mereka terhadap ketiga-tiga faktor tersebut adalah tinggi. Begitu juga majoriti golongan belia ini menyatakan berpuas hati dengan amalan demokrasi dan perjalanan proses pilihan raya di Malaysia. Kajian ini juga ada mencadangkan cara-cara menggalakkan golongan belia yang belum mendaftar supaya segera mendaftar dan mengundi di dalam pilihan raya akan datang.