Pembelajaran dalam pengajian tinggi

Biggs (1987a) telah membina model Pengajaran dan Pembelajaran 3P yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar. Model tersebut menerangkan tiga keadaan di mana elemen-elemen berkaitan pembelajaran berlaku iaitu faktor ‘petunjuk awal’ (presage) (sebelum pembelajaran berlaku), proses (semasa pembelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sihes, Ahmad Johari
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTM 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/25428/1/AhmadJohariSihes2008_PembelajaranDalamPengajianTinggi.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/25428/
http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp06.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Biggs (1987a) telah membina model Pengajaran dan Pembelajaran 3P yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar. Model tersebut menerangkan tiga keadaan di mana elemen-elemen berkaitan pembelajaran berlaku iaitu faktor ‘petunjuk awal’ (presage) (sebelum pembelajaran berlaku), proses (semasa pembelajaran) dan produk (hasil pembelajaran). Model 3P ini diadaptasikan daripada model presage – process – product yang dikemukakan oleh Dunkin dan Biddle (1974). Model 3P ini ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Berdasarkan Rajah 3.1 terdapat dua faktor ‘petunjuk awal’ (presage) iaitu pelajar dan konteks pengajaran. Faktor pelajar termasuklah pengetahuan sedia ada dan minat tentang topik berkenaan, kebolehan pelajar dan komitmen pelajar. Manakala di dalam faktor konteks pengajaran pula adalah apa yang hendak diajar, bagaimana (kaedah) ia diajar dan dinilai, kepakaran pensyarah dan, iklim kelas dan institusi (Biggs, 1987a, 2003). Faktor-faktor ini menentukan pendekatan pembelajaran yang akan digunakan pelajar dalam sesuatu aktiviti pembelajaran yang sedang dialami. Contohnya, seorang pelajar yang mempunyai sedikit pengetahuan sedia ada tentang topik yang sedang dipelajari tidak akan cenderung menggunakan pendekatan pembelajaran mendalam walaupun pensyarah yang mengajarnya adalah seorang yang pakar dalam topik tersebut. Seorang pelajar lain pula yang mempunyai pengetahuan yang banyak dan mempunyai minat dalam topik tersebut serta bercadang menggunakan pendekatan pembelajaran mendalam, kemungkinan tidak menggunakannya jika kesuntukan masa.