Sandaran kajian umum mengenai pembacaan santai di kalangan pelajar

Kajian telah membuktikan bahawa kemudahan bahan atau material pembacaan membantu meningkatkan frekuensi atau jumlah pembacaan santai (recreational reading) seseorang. Pembacaan santai mempunyai perkaitan dengan kebolehan memperbaiki keupayaan pembacaan, gaya penulisan, perbendaharaan, ejaan, pembang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainol, Zarina, Endot, Zaiton
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/251/2/ZarinaZainol2006_Sandarankajianumummengenaipembacaan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/251/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian telah membuktikan bahawa kemudahan bahan atau material pembacaan membantu meningkatkan frekuensi atau jumlah pembacaan santai (recreational reading) seseorang. Pembacaan santai mempunyai perkaitan dengan kebolehan memperbaiki keupayaan pembacaan, gaya penulisan, perbendaharaan, ejaan, pembangunan tatabahasa [1], malah juga membantu dalam kejayaan akademik seseorang pelajar. Kejayaan akademik di peringkat tertiari merupakan fenomena multidimensi yang merangkumi kemahiran bahasa, strategi pembelajaran dan sedikit sifat seseorang [2]. Oleh yang demikian, satu kajian dijalankan di kalangan 200 pelajar Kolej Mawar, Universiti Teknologi MARA bagi mendapatkan maklumat mengenai tabiat pembacaan santai mereka. Hasil kajian ini mendedahkan tabiat pembacaan pelajar, dengan ini dapat mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya pembacaan santai dalam membentuk kejayaan akademik mereka. Keputusan kajian juga dapat membantu pihak pengurusan kolej kediaman dan universiti dalam memperbaiki kemudahan infrastruktur asrama, terutamanya kemudahan bilik bacaan ataupun kemudahan rekreasi serta material pembacaan bagi memudahkan pelajar meluangkan masa untuk melakukan pembacaan santai.