Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru

Kurikulum sains di sekolah negara kita telah mengalami pelbagai reformasi, demi mencapai matlamat ke arah pembentukan negara industri. Mulai tahun 2002 pelajar tingkatan empat telah mempelajari sains melalui kurikulum KBSM yang baru (yang disemak semula). Kurikulum sains KBSM yang baru memberi penek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kassim, Abu Hassan, Hussin, Rohana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2345/1/Seminar_2003_2.doc
http://eprints.utm.my/id/eprint/2345/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kurikulum sains di sekolah negara kita telah mengalami pelbagai reformasi, demi mencapai matlamat ke arah pembentukan negara industri. Mulai tahun 2002 pelajar tingkatan empat telah mempelajari sains melalui kurikulum KBSM yang baru (yang disemak semula). Kurikulum sains KBSM yang baru memberi penekanan terhadap pemerolehan pengetahuan dan penguasaan proses sains, melalui pendekatan pembelajaran berfikrah. Penguasaan kemahiran proses sains yang baik di kalangan pelajar membolehkan mereka berfikir secara kritis, proaktif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan. Persoalannya: Adakah kurikulum sains di sekolah negara kita dilaksanakan dengan berkesan, demi mencapai matlamatnya? Adakah terdapat bukti yang menunjukkan penguasaan proses sains pelajar mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran kimia ? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan beberapa kemahiran proses sains, seterusnya menentukan sama ada terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran tersebut dengan tahap pencapaian kimia di kalangan pelajar. Seramai 300 orang pelajar dari 7 buah sekolah di daerah Johor Bahru, dipilih secara rawak berlapis, telah dilibatkan dalam kajian. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen Ujian Penguasaa Kemahiran Proses Sains (UPKPS) dan Ujian Pencapaian Kimia (UPK). Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi kedua-dua instrumen UPKPS dan UPK yang digunakan dalam kajian ini adalah masing-masing 0.8989 dan 0.7635. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran proses sains, khususnya kemahiran membuat inferens dan mengenalpasti pemboleh ubah, serta tahap penguasaan kimia di kalangan pelajar adalah sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuat hipotesis, mentafsir maklumat seterusnya membuat ramalan berasaskan maklumnat yang diperolehi adalah baik; manakala, pelajar menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran mengeksperimen. Terdapat korelasi positif yang rendah antara kemahiran proses sains pelajar dengan pencapaian mereka dalam kimia.