Tekanan emosi dan corak penyesuaian isteri banduan dalam mengendalikan tekanan semasa ketiadaan suami

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tekanan emosi yang dihadapi oleh isteri banduan semasa ketiadaan suami akibat dipenjarakan, mengkaji corak penyesuaian yang dilakukan oleh isteri banduan semasa menghadapi tekanan emosi dan juga mengkaji bentuk sokongan kaunseling yang diperlukan oleh isteri band...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustaffa, Mohamed Sharif, Zainal Abidin, Norahidah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Education, UTM 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/23004/1/JEPC-5-2012-007.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/23004/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tekanan emosi yang dihadapi oleh isteri banduan semasa ketiadaan suami akibat dipenjarakan, mengkaji corak penyesuaian yang dilakukan oleh isteri banduan semasa menghadapi tekanan emosi dan juga mengkaji bentuk sokongan kaunseling yang diperlukan oleh isteri banduan. Kajian ini telah dijalankan di sekitar Daerah Johor Bahru. Seramai lima orang subjek dipilih menggunakan kaedah persampelan Snowball (Snowball Sampling). Kajian kualitatif ini menggunakan temubual bersemuka sebagai instrumen kajian. Segala data yang diterima pula dianalisis secara terperinci berdasarkan pernyataan yang diberikan oleh subjek dan diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu minimum, sederhana dan kritikal oleh pengkaji berdasarkan pemerhatian. Daripada data tersebut, simptom malu menunjukkan tahap kritikal yang dialami oleh isteri banduan semasa menghadapi ketiadaan suami akibat dipenjarakan. Manakala, bagi simptom tekanan emosi seperti kesal, murung, sunyi dan bimbang pula di tahap sederhana dan masih boleh dikawal. Corak penyesuaian yang sering dilakukan oleh isteri banduan semasa menghadapi tekanan ialah menggunakan pendekatan positif seperti solat, mengaji Al-Quran, berzikir dan beriadah. Manakala bagi bentuk kaunseling pula, di dapati semua subjek tidak pernah mendapatkan khidmat kaunseling bagi membantu mengendalikan tekanan emosi. Semoga hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak-pihak terlibat secara langsung seperti pihak penjara, Yayasan Pembangunan Keluarga dan masyarakat amnya bagi membantu golongan seperti ini.