Tahap keterampilan emosi guru-guru pelatih Opsyen Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia di dua buah maktab Negeri Johor

Keterampilan emosi aadalah kemahiran dan kebolehan menguruskan perasaan terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Keterampilan emosi yang tinggi dapat membentuk individu yang berjaya dan cemerlang dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal, manakala yang kurang keterampilan emosinya akan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Subari, Kamalularifin, Saud, Muhammad Sukri, Ahmad, Adnan, Jemali, Mohd. Ali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2272/1/Kamalularifin.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2272/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keterampilan emosi aadalah kemahiran dan kebolehan menguruskan perasaan terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Keterampilan emosi yang tinggi dapat membentuk individu yang berjaya dan cemerlang dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal, manakala yang kurang keterampilan emosinya akan menjadi sebaliknya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keterampilan guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) di dua buah Maktab perguruan di Johor. Sampel kajian adalah seramai 183 orang guru pelatih KPLI dan KDPM opsyen KH. Penyelidik menggunakan Model Keterampilan Emosi Daniel Goleman yang terdiri daripada empat bahagian iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran social dan kemahiran sosial. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang telah diterjemahkan daripada Emotional Competence Inventory (Boyatzis, Goleman dan Rhee, 1999). Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap keterampilan emosi guru pelatih KPLI dan KDPM dalam aspek kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial adalah rendah, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran sosial dengan jantina dan tiada perbezaan signifikan antara jantina dengan aspek yang lain.