Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan tingkahlaku pelajar

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik dan tingkah laku kenakalan pelajar. Seramai 359 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon, Sekolah Menengah Kebangsaan Rengit, Sekolah Menengah Keb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Boon, Yusof, Abdul, Amir Hamzah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_dan_Hubungan_Pencapaian.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2265/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik dan tingkah laku kenakalan pelajar. Seramai 359 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon, Sekolah Menengah Kebangsaan Rengit, Sekolah Menengah Kebangsaan TM Iskandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka dipilih secara rawak kelompok. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Soal selidik bahagian B merupakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik dengan gabungan beberapa inventori dan ujian kecerdasan emosi yang diubahsuai, manakala bahagian C merupakan ubahsuai daripada senarai kod item pelanggaran disiplin sekolah yang dikeluarkan oleh bahagian sekolah Kementerian pendidikan Malaysia (1990). Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah "Cronbach alfa" yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.9515 bagi bahagian B dan 0.7512 bagi bahagian C. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai kepada jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi dan tingkah laku kenakalan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah iaitu hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik dan hubungan kecerdasan emosi dengan tingkah laku kenakalan. Analisis dapatan kajian menggunakan perisian SPSS menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar iaitu pada nilai 0.163 dan aras signifikan 0.002. Manakala analisis kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan tingkah laku kenakalan pelajar.