Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini: Satu Tinjauan Di Tiga Buah Sekolah Di Daerah Pasir Mas, Kelantan

Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Tidak kiralah mengenai sistem pengurusannya atau mengenai guru itu sendiri. Persoalannya, mungkinkah fenomena ini memberi kesan yang negatif atau sebaliknya ke atas tanggapan guru yang sememangnya terlibat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Rosliza, Sihes, Ahmad Johari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2223/1/2_3.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2223/
http://merr.utm.my/id/eprint/8166
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Tidak kiralah mengenai sistem pengurusannya atau mengenai guru itu sendiri. Persoalannya, mungkinkah fenomena ini memberi kesan yang negatif atau sebaliknya ke atas tanggapan guru yang sememangnya terlibat secara langsung dalam profesion perguruan. Untuk itu, satu kajian tinjauan telah dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui persepsi guru itu sendiri terhadap profesion perguruan masa kini. Seramai 100 orang responden yang terdiri daripada guru yang mengajar di tiga buah sekolah menengah di daerah Pasir Mas dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Keputusan kajian mendapati bahawa guru - guru memandang tinggi akan profesion perguruan pada masa kini dari segi komitmen tugas, dan sumbangan yang telah di berikan. Tetapi guru menganggap bahawa beban tugas guru kini semakin bertambah. PENGENALAN Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik., tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).